HUKUM IBADAH QURBAN & AQIQAH

1)  Adakah seseorang yang ingin mengerjakan ibadat korban tidak boleh memotong kuku dan membuang rambut sehinggalah selesai ibadat korban dilakukan?
Disunnakan tidak memotong kuku dan membuang rambut mulai 1 Zulhijjahsehinggalah selesai melaksanakan ibadah korban . Ini khusus kepada orangyang hendak melaksanakan ibadah korban sahaja.Sebagaimana sabda nabis.a.w. yang bermaksud, Apabila masuk 10 haribulan Zulhijjah, sedangkansalah seorang dari kamu mahu berkorban, maka janganlah membuang sesuatuanggota rambut dan kulit (atau kukunya).Hadith riwayat Muslim.
2) soalan ? Ada seorang Makcik bertanya saya mengenai ibadah korban. Beliau ingin membuat korban untuk anaknya (bukan Aqiqah) namun beliau sangsi kerana abangnya ada mengatakan bahawa seseorang yang hendak membuat korban tidak boleh memotong kuku dan rambut sekiranya jika berbuat demikian pahala korbannya adalah sia-sia. Anaknya telah memotong rambut sehari sebelum membuat korban. Abang beliau telah mendengar ceramah di dalam TV yang mengatakan sebegitu. Adakah benar pendapat tersebut?.
Antara perkara-perkara sunat yang perlu dilakukan oleh orang yang inginberkorban ialah tidak memotong kuku, rambut, janggut atau lain-lain bulumulai awal Zulhijjah sehingga ia menyembelih korban, kecuali bagi merekayang berada dalam ihram haji. Ini berdasarkan kepada sabda RasulullahS.A.W. yang bermaksud:Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah sedangkan salah seorang darikamu mahu melakukan korban maka hendaklah ia menyimpan (tidak memotong)rambut dan kukunya.(RiwayatMuslim)Daripada maksud hadis di atas jelas menunjukkan bahawa sunat sahaja bagiorang yang berkorban tidak memotong kuku atau rambut. Ini bermaknamemotong rambut, kuku dan seumpamanya adalah harus bagi orang yangberkorban dan tidak memcacatkan ibadah korban tersebut.
3) Wang Sumber Haram?
Tidak boleh menggunakan sumber pendapatan yang haram untuk membuatqurban.2. Cara yang dilakukan oleh AJK Qariah tersebut adalah baik untuk mengelakperkara tersebut dibuat.3. Daging korban tersebut hendaklah terdiri daripada hasil daripadasumber pendapatan yang halal sahaja dan tidak mencampurkannya dengan yangharam.4. Nasihatilah saudara tersebut dengan baik dan penuh hikmah supayaberkorban daripada wang yang halal sahaja.5. Daging korban yang bersumberkan daripada yang haram tidak perludiagih-agihkan kepada orang lain, kerana ditakuti pula orang fakir danmiskin memakan yang haram.
3) Bagaimanakah caranya seseorang yang ingin mewakilkan ibadah korban pada orang lain? Perlukah dia menyebut di hadapan si pewakil bahawa aku wakilkan kpd kamu ibadah korban ini. Begitu juga semasa proses membeli bahagian. Perlukan seseorang yang membeli itu menyebut akadnya aku beli 1 bhgn dari lembu ini dengan bayaran sbnyk RM** dan kemudian perlukah dia menarik tali lembu tersebut sehingga lembu itu beralih? Mohon pandangan tuan.
Bagaimanakah caranya seseorang yang ingin mewakilkan ibadah korban pada orang lain? Perlukah dia menyebut di hadapan si pewakil bahawa aku wakilkan kpd kamu ibadah korban ini. Begitu juga semasa proses membeli bahagian. Perlukan seseorang yang membeli itu menyebut akadnya aku beli 1 bhgn dari lembu ini dengan bayaran sbnyk RM** dan kemudian perlukah dia menarik tali lembu tersebut sehingga lembu itu beralih? Mohon pandangan tuan.
Jawap: Harus seseorang itu mewakilkan ibadah korban kepada wakilnya dengan niat seperti yang dinyatakan dibawah. Tidak perlu memegang atau menarik talihaiwan tersebut sebagai tanda korban memadai dengan akad sahaja.
4) saya ingin bertanyakan mengenai ibadat Aqiqah iaitu bolehkah kita melakukan Aqiqah bersama dengan korban (pada hari raya Qurban) dan bagaimanakah caranya?terima kasih.
Jawapan: Akikah dan korban adalah dua ibadah sunat yang dituntut ke atas umat Islamyang mampu melaksanakannya.Akikah ialah ibadat sunat yang dituntut ke atas pasangan suami isteri yangdikurniakan anak. Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran anakdengan menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambingbagi anak perempuan. Sementara korban adalah ibadah sunat yang dituntut keatas umat Islam yang mampu berbuat demikian pada 10,11,12 dan 13Zulhijjah.Dalam situasi ini Puan boleh menyembelih seekor lembu bagi menyempurnakanibadah korban dan akikah sekali gus untuk ahli keluarga. Contohnya duabahagian daripada lembu tersebut digunakan untuk akikah dan lima bahagianyang selebihnya digunakan untuk qurban.
5) Boleh kah ibadah Qurban dilakukan untuk orang yg sudah meninggal dunia?maksud nya seperti saekor lembu dikongsi bersama nama org yg sudah meninggal dunia atau pun saekor kambing untuk nya sahaja.
Jawap: Qurban tidak sah dilakukan bagi orang yang sudah meninggal dunia kecuali telah mewasiatkan untuk berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment